Wednesday, May 11, 2011

15 Laluan Paling Bahaya di Dunia.

Mesti kebanyakan daripada kita semua bencikan kesesakkan jalanraya bukan? Saya pasti ramai diantara anda semua akan menggunakan jalan alternatif untuk cepat mengelakkan perkara ini. Paku, angin lintang, runtuhan tanah, tertimbus dibawah ribut pasir, mungkin ini semua tidak terlintas difikiran anda bukan?

Sebenarnya di dunia, banyak jalan yang sangat sukar dan sangat BERBAHAYA telah dibina oleh manusia. Kerana apa? Why did the chicken cross the road… to get to the other side la..hehe

Entri kali ini membawa anda jauh meneroka jalan paling berbahaya di dunia. Hold on to your seats, it’s gonna be a bumpy ride!

1. Stelvio Pass Road, Italy

Stelvio Pass Road Italy 15 Laluan Paling Bahaya Di Dunia!

kawasan timur pergunungan Alps, Italy sungguh mengujakan. Jalan yang berliku zig-zag sepanjang 1.7 batu diatas paras laut ni mempunyai 48 selekoh yang amat sempit dan tajam. Ia kelihatan cantik dari jauh, tetapi bukannya senang merentasi pergunungan Alps dengan keadaan sebegini bukan?

2. Trollstigen, Norway

Trollstigen Norway 15 Laluan Paling Bahaya Di Dunia!

Trollstigen bermaksud “Tangga Troll” (sejenis makhluk mitos yang terkenal di barat). Dengan selekoh yang amat sempit, hampir mustahil untuk melepasi kereta lain apabila bertembung dan bahaya terlangar dinding batu yang hanya beberapa inci dari jalan apabila anda mengalami vertigo. Mengapa memandu disini? Pelancong tertarik ke sini untuk meliha air terjun 1000 kaki disisi pergunungannya.


3. State road 319, China

State road 319 China 15 Laluan Paling Bahaya Di Dunia!

Lebuh raya yang panjang dan selalu dilanda badai angin ini sepanjang 1900 batu. Apabila anda menggunakan lebuhraya ini, tiada apa yang perlu anda risaukan kecuali tanah runuh dan selekoh tajam yang boleh mencampakkan anda ke jurang sedalam beribu-ribu kaki dibawah. Selain itu, jalan ini selamat dilalui kerana selalu disinari cahaya lampu dan kelihatan seperti nyalaan api.


4. Col de Turini, France

Col de Turini France 15 Laluan Paling Bahaya Di Dunia!

Terletak di selatan Perancis, laluan sepanjang 20km adalah sebahagian daripada laluan Monte Carlo Rally dengan 34 selekoh maut dan jalan curam yang panjang dimana kereta selalunya memecut pada kelajuan 100 batu sejam. Ia diisytiharkan sebagai ‘one of the greatest driving roads of the world’, tetapi tidak bagi mereka yang mengutamakan keselamatan


5. North Yungas Road, Bolivia

North Yungas Road Bolivia 15 Laluan Paling Bahaya Di Dunia!

Laluan ini dikenali sebagai the “Road of Death.” Jalan ini merupakan jalan sehala yang sempit, jadi kenapa lori-lori tersebut masih melepasi satu sama lain? adakah pemandu mereka gila? Mungkin ini merupakan satu-satunya jalan yang ada di kawasan tersebut. Kawasan ini selalunya berkabus tebal dan hujan yang menyebabkan tanah runtuh.. ( dasyatnya tempat ni..fuh!)


6. Taroko Gorge Road, Taiwan (Chungheng)

Taroko Gorge Road Taiwan 15 Laluan Paling Bahaya Di Dunia!

Terowong tanpa sistem pencahayaan ini bakal mengundang bencana bila-bila masa sahaja. Pelancong menyukai tempat ini kerana ia merentasi taman negara. Sekurang-kurangnya terowong ini dipagari dengan konkrit disisinya.


7. Los Caracoles Pass, Andes

Los Caracoles Pass Andes 15 Laluan Paling Bahaya Di Dunia!

Laluan yang sangat terkenal merentasi pergunungan Andreas yang menghubungkan Chile dan Argentina. Jalan yang licin dan selekoh tajam tanpa penghadang menambahkan lagi gerun pemandu yang melewati jalan ini. Jalan ini diselaputi salji hampir kebanyakkan masanya. Ramai yang lebih rela mengambil tiket penerbangan dari menempuhi jalan ini.


8. Lena Highway, Russia

Lena Highway Russia 15 Laluan Paling Bahaya Di Dunia!

Juga dikenali sebagai “Highway from Hell”. Jalan ini terhampar selari dengan sungai Lena. Pada musim dingin, jalan ini adalah sangat licin untuk dilalui, manakala apabila musim panas tiba, ia akan dibanjiri dengan banjir lumpur.

9. Guoliang Tunnel Road, China

Guoliang Tunnel Road China 15 Laluan Paling Bahaya Di Dunia!

Ya, laluan ini terletak didalam gunung sepanjang 200 meter, 5 meter tinggi dan 4 meter lebar. Pemandangan yang cantik memang tidak diragukan tetapi jalan ini tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang kecuaian pemandu!


10. Cotopaxi Volcan Road. Ecuador

Cotopaxi Volcan Road 15 Laluan Paling Bahaya Di Dunia!

Jalan ini bukan dibina dengan Tar hitam, tetapi batuan volcanic. Dibina di Cotopaxi, antara tempat gunung berapi paling aktif di dunia. Lebih 50 letusan telah dicatatkan dan ianya masih berterusan.


11. Atlas Mountains Road, Morocco

Atlas Mountains Road Morocco 15 Laluan Paling Bahaya Di Dunia!

Dades Gorge di Morocco (Maghribi) mempunyai pemandangan yang mempersona, tetapi jalan disini sememangnya berbelit-belit seperti ular kena palu!

12. The Way to Fairy Meadows, Pakistan

The Way to Fairy Meadows Pakistan 15 Laluan Paling Bahaya Di Dunia!

Anda akan faham apabila jurupandu mengarahkan anda supaya jangan memandang ke bawah apabila mengetahui kamu seorang yang gayat. Tiada bantuan, tiada pagar penghadang dan tiada harapan!


13. Grimsel Pass, Switzerland

Grimsel Pass Switzerland 15 Laluan Paling Bahaya Di Dunia!

Dengan ketinggian sebatu diatas aras laut, jalan yang curam ini membawa anda merentasi pergunungan swiss diantara lembah Sungai Rhone dan Lembah Haslital. Jalan ini dilengkapi pagar penghadang dan lampu jalan, tetapi ingat, anda diatas jalan yang sangat curam, jangan fikir anda sudah selamat!

14. Road, Sahara Desert

Road Sahara Desert 15 Laluan Paling Bahaya Di Dunia!

Merupakan gurun terbesar dan terkejam di dunia, terletak dibenua Afrika. Jika kereta anda tersangkut didalam pasir, jangan risau, seseorang pasti datang. Luasnya gurun ini hanya 3,629,360 square miles je…he3


15. Halsema Highway, Philippines

Halsema Highway Philippines 15 Laluan Paling Bahaya Di Dunia!

Kejadian yang biasa berlaku di laluan yang ‘terpaksa’ dipilih ini adalah gelonsoran tanah, runtuhan batu dan jurang yang menjunam ribuan kaki ke bawah! Kabus yang tebal menggangu jarak penglihatan dan pemanduan. Pemandu bas disini berkata mereka memandu hanya berdasarkan naluri sahaja. whoa!

*apa pendapat anda tentang laluan-laluan ini? sila tinggalkan pendapat anda ye… icon smile 15 Laluan Paling Bahaya Di Dunia!



Sumber: 15 Laluan Paling Bahaya Di Dunia! | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/fakta-menarik/15-laluan-paling-bahaya-di-dunia/#ixzz1M3QbxtSu

Wednesday, April 6, 2011

Telur Ayam Tiruan

Susah betul sekarang ni, semua benda ada tiruan, kalau macam ni la keadaannya, racun pon dh jadi tak beracun sebab racun tiruan. kah kah kah. Aku rasa lepas ni akan muncul pula ayam tiruan...hehehe ayam palsu untuk jadi umpan musang berjanggut.


Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.

Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.

NONE
Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di Georgetown semalam.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

"Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.

Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.
"Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya.

Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu. Bernama

Monday, March 14, 2011

Definisi Radioaktif.

LOGO bentuk bilah kipas berlatar belakang warna kuning dan gambar api yang tertera pada belakang lori membawa muatan bahan kimia cecair memberi amaran kepada kita bahawa ia adalah bahan berbahaya.

Setiap kali ternampak objek ini, terlintas di fikiran kemungkinan berlaku letupan dahsyat sekiranya berlaku kesilapan teknikal atau kenderaan berkenaan terbabit dalam kemalangan.

Uranium Information Centre Limited (UIC), organisasi yang membekalkan panduan mengenai bahan radioaktif dalam rencananya menyebut, bahan radioaktif terbentuk melalui proses penguraian elemen-elemen kimia dari satu bentuk ke bentuk yang lain.

Contohnya kalium (K), dari K40 ke K39 (kedua-duanya adalah isotop). Walaupun radioaktif terdiri daripada isotop, tetapi bukan semua isotop adalah radioaktif kerana kebanyakannya adalah elemen biasa. Contohnya, K39 adalah mineral yang diperlukan badan sedangkan K40 pula adalah bahan radioaktif.

Ada empat jenis radiasi yang perlu diberi perhatian iaitu alfa, beta, gamma dan neutron. Setiap jenis radiasi memerlukan bentuk perlindungan yang tidak serupa kerana ia menunjukkan sifat dan kesan berbeza seperti berikut:

1. Radiasi alfa - Ia tidak dapat menembusi kulit dan mampu disekat dengan hanya menggunakan sehelai kertas, bagaimanapun, ia sangat sensitif dan mampu mengundang bahaya kepada paru-paru.

2. Radiasi beta - Radiasi ini dapat menembusi badan manusia tetapi tidak mampu menembusi lapisan kertas aluminium.

3. Radiasi gamma - Juga dapat menembusi badan manusia. Sinarannya yang lebih kuat memerlukan beberapa meter plumbum atau konkrit untuk menyekat penembusannya.

4. Radiasi neutron - Biasanya berlaku di dalam reaktor nuklear dan mampu menembusi plumbum dan konkrit.

Radiasi alfa, beta dan gamma pada kadar yang rendah secara semulajadinya adalah sebahagian daripada alam sekitar dan mungkin wujud dalam beberapa klasifikasi sisa.

Berdasarkan panduan UIC Limited, sisa radioaktif terdiri dari pelbagai jenis elemen yang memerlukan cara pengendalian dan pengurusan berbeza. Biasanya, sisa radioaktif diklasifikasi kepada tiga iaitu sisa tahap rendah (sisa dari hospital, makmal dan industri seperti industri tenaga nuklear) dan sisa tahap sederhana (mengandungi lumpur kimia, komponen reaktor dan resin).

Manakala sisa tahap tinggi pula terdiri daripada sisa bahan api yang telah digunakan dan elemen berat yang mempunyai tahap radioaktif yang tinggi. Jenis sisa ini bergantung kepada jumlah dan jenis bahan radioaktif yang terkandung di dalamnya.

Faktor lain yang perlu diberi perhatian untuk menguruskan sisa radioaktif adalah berdasarkan tempoh masa ia kekal sebagai bahan berbahaya sehingga menemui satu jangka waktu yang dipanggil separuh hayat.

Dalam tempoh berkenaan, bahan radioaktif akan mengurai sedikit demi sedikit untuk mengurangkan tahap bahaya sehingga keadaannya stabil dan tidak membahayakan; dan proses ini memakan masa dari beberapa saat ke berjuta-juta tahun tertakluk kepada jenis isotopnya.

Menurut John R. Cooper di dalam bukunya; Radioactive Releases in the Environment : Impact and Assessment, beberapa industri moden terutama yang membabitkan penghasilan tenaga dan perubatan, mempunyai potensi pembebasan sisa bahan radioaktif ke persekitaran yang sangat tinggi berbanding industri lain.

Keadaan ini mengambil kira faktor produk yang kebanyakannya perlu melalui proses radiasi selain sifat semula jadi bahan utama yang membahayakan. Kita terdedah kepada bahaya bahan radioaktif setiap hari namun kesannya yang tidak ketara pada tempoh permulaan tidak memberi peluang kepada pencegahan dan rawatan awal.

Mungkin kita tidak sedar ketika berdepan dan menggunakan produk berasaskan bahan yang dikategorikan sebagai radioaktif, malah kita juga mungkin tidak pernah tahu, bahan radioaktif ini digunakan sebagai salah satu bahan utama.

Ada banyak produk yang mengandungi bahan radioaktif seperti jangka suhu, bateri, minyak berplumbum, tali pinggang dan bahan kosmetik seperti krim muka.

Pendedahan kepada bahan radioaktif untuk tempoh yang panjang boleh memberi kesan maut terhadap pengguna. Begitu juga dengan sinar-X yang perlu kita jalani semasa membuat pemeriksaan kesihatan. Sinar-x adalah sinar gamma yang menunjukkan kesan lebih ketara berbanding sinaran lainnya.

Atas sebab itulah, pakar perubatan sering mencadangkan, ujian sinar-X hanya boleh dilakukan enam bulan sekali dan tidak dibenarkan sama sekali dijalankan ke atas wanita mengandung. Sinar-X mampu membunuh sel dalam badan terutama sel yang baru terbentuk dan keadaan ini dikhuatiri akan menjejaskan struktur bayi di dalam kandungan.

Begitupun, ada juga radioaktif yang digunakan sebagai bahan perubahan. Contohnya radium digunakan untuk merawat kanser yang pejal (radiasi radium secara kerap mampu memusnahkan tisu tumor dalam badan pesakit). Fungsi asasnya sebagai pemusnah sel digunakan untuk kebaikan dan kemajuan sejagat.

Malah, rencana keluaran Wikipedia, The Free Encyclopedia pernah mengisahkan kesengsaraan rakyat negara Jepun berdepan dengan pencemaran bahan radioaktif yang bermula pada 1950.

Toyama, sebuah bandar kecil di Pulau Honshu, di Chubu, menyimpan sejarah hitam apabila diserang sejenis penyakit ganjil akibat pencemaran kadmium dalam sistem perairan.

Kadmium yang sering digunakan sebagai bahan saduran dan bahan utama pembuatan bateri, adalah sisa sampingan toksik berpunca dari aktiviti perlombongan sebuah syarikat yang melombong perak, plumbum, zink dan kuprum untuk kegunaan industri.

Namun, sikap tidak bertanggungjawab Kamioka Mines, syarikat yang membekalkan bahan mentah berkenaan meninggalkan kesan amat menyedihkan kepada masyarakat desa ini.

Penyakit ‘Itai-Itai’, sejenis penyakit yang menyebabkan badan pesakit menjadi lemah akibat keracunan kadmium yang menyerang sendi dan tulang belakang selain membantutkan fungsi buah pinggang sebagai penapis bahan asing dan asid sebelum masuk ke dalam saluran darah.

Itai adalah perkataan Jepun yang bermaksud sakit, digunakan untuk menamakan penyakit ganjil ini kerana pesakitnya sering menyebut perkataan ini bagi menggambarkan kesengsaraan mereka.
Bukan itu saja, penyakit Minamata, sejenis sindrom neurologi yang disebabkan keracunan raksa turut menyebabkan simptom seperti ketidakstabilan pergerakan akibat kegagalan sistem serebelum otak untuk berfungsi dengan baik, gangguan deria rasa pada tangan dan kaki, pengurangan daya penglihatan dan pendengaran. Dalam kes teruk, ia boleh menyebabkan pesakit lumpuh dan maut.

Penyakit Minamata dikesan pada Mei 1956 di sebuah bandar yang terletak di pantai barat bahagian selatan Pulau Kyushu, Jepun. Bermula dari empat orang yang menunjukkan simptom Minamata yang berakhir dengan kematian. Simptom yang sama turut meragut nyawa tiga belas orang nelayan di pulau berkenaan.

Haiwan dan burung yang mempunyai habitat berhampiran kawasan berkenaan turut menerima nasib sama. Penyelidik dari Universiti Kumamoto mengunjungi daerah berkenaan untuk menyelidik dan mendapati penyakit ini berpunca daripada kandungan raksa yang tinggi dalam ikan.

Hal ini adalah tanggungjawab syarikat Chisso Corporation yang menghasilkan produk seperti ethanal dan plastik PVC (dan raksa digunakan sebagai pemangkin untuk membuat PVC).

Kajian menunjukkan, makanan laut seperti ikan dan kerang boleh mengumpulkan raksa dalam badan tanpa menjejaskan kehidupannya. Memburukkan keadaan, masyarakat di situ amat bergantung kepada hasil laut sebagai sumber makanan dan punca pendapatan.

Sisa bahan radioaktif perlu dirawat sebelum dibebaskan ke alam sekitar untuk banyak tujuan terutama menjaga kesihatan dan pengekalan sistem alam sekitar.
Ini termasuklah pengendalian di dalam makmal. Mengendalikan bahan radioaktif perlulah dilakukan dengan hati-hati dan cermat. Pastikan segala arahan dan panduan yang disediakan dipatuhi kerana sebarang keengkaran dan kecuaian akan membawa padah.

Panduan disediakan Occupational Safety and Health, University of Delaware menegaskan, bahan radioaktif yang ingin digunakan perlulah dikendalikan di kawasan yang ditetapkan selepas diluluskan Pegawai Keselamatan Radiasi.

Makmal juga perlu diklasifikasikan mengikut jenis dan tujuan bahan yang digunakan. Peralatan yang digunakan juga perlu di pantau dari semasa ke semasa bagi memastikan kelancaran dan sebarang kerosakan yang mungkin berlaku.

Selain itu, pengendali bahan radioaktif perlu melengkapkan diri dengan peralatan tertentu seperti penghadang, sarung tangan dan peralatan amaran bagi mengelakkan kemungkinan radiasi.

Begitu juga dengan sisa radioaktif perlu dikumpulkan dalam bekas yang ditetapkan sebelum dihantar untuk menjalani rawatan sisa oleh badan yang telah mendapat pengiktirafan Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan. Pastikan juga tangan dicuci bersih sebelum meninggalkan makmal bahan radioaktif. Bak kata pepatah, cegah sebelum parah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...