Nampaknya, penggunaan facebook di Malaysia kian meningkat dengan drastik dari semasa ke semasa. Pada bulan Januari yang lepas, kita dapat lihat pengguna Facebook tempatan melangkaui angka 9.5 juta, dan statistik terkini memperlihatkan yang mana pengguna Facebook tempatan telah pun mencapai angka 10 juta pengguna.
Daripada statistik semasa yang dikeluarkan oleh SocialBakers, pengguna Facebook Malaysia yang paling ramai adalah dalam lingkungan umur antara 18 hingga 24 tahun sebanyak lebih 38%, dan diikuti dengan pengguna berumur antara 25 hingga 34 tahun dengan lebih 33%. Pada masa yang sama juga, ianya diketahui yang mana pengguna Facebook tempatan berjantina lelaki adalah lebih ramai daripada perempuan, iaitu sebanyak 53%. Di Malaysia, Facebook merupakan laman yang paling popular, dan sering dilawati oleh para penggunanya, meninggalkan Google dibelakang. Buat masa ini, keseluruhan pengguna Facebook adalah dianggarkan berjumlah lebih kurang 586 juta, dan bakal mencapai angka 600 juta tidak lama lagi.
No comments:
Post a Comment