Tuesday, February 22, 2011

Calon BN Dun Kerdau

BN hari ini memilih naib ketua bahagian Umno Kuala Krau Syed Ibrahim Ahmad sebagai calonnya pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada 6 Mac ini.

NONE
Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan lebih 4,000 penyokong BN di Dataran Sri Ketumbit, dekat Temerloh, hari ini.

Berusia 44 tahun, Syed Ibrahim adalah juga Penasihat Agama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Pemilihan anak jati tempatan berkelulusan dari Universiti Al-Azhar itu dipercayai mampu mempertahankan kerusi BN pada pilihan raya kecil ke-16 negara selepas pilihan raya umum 2008.

Muhyiddin ketika mengumumkan calon BN itu, berkata pemilihan Syed Ibrahim dibuat selepas melalui beberapa saringan di peringkat bahagian Umno dan badan perhubungan Umno negeri sebelum diputuskan pucuk pimpinan.

"Selepas melalui beberapa saringan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah memutuskan calon berkenaan dua hari lalu," kata Muhyiddin.

azlan

Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, dari BN pada 12 Februari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS, Hassanuddin Salim, dengan majoriti 1,615 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 26 Feb ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian ditetapkan pada 6 Mac.

Turut hadir pada majlis pengumuman calon BN itu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden MIC Datuk G Palanivel, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden Parti Progresif Penduduk Datuk M Kayveas serta pemimpin-pemimpin parti komponen BN dan Umno peringkat negeri Pahang.

Muhyiddin berkata semua pihak perlu akur dengan calon yang diumumkan bertanding di kerusi DUN berkenaan.

"Terimalah dengan ikhlas, terimalah calon kita dengan semangat perpaduan, kerana apa yang paling penting ialah parti Umno dan BN, dan bukannya calon," katanya.

sumber : malaysiakini

Ping untuk VIRAL blog

Disini aku senarai kan page yang boleh korang ping entri terbaru korang di facebook, aku rasa ada lagi senarai yang tak masuk lagi, so silalah tambah kalau korang tau.Merayau punya merayau aku dh post 3 entri blog mlm nie...aku bukan apa, saja nk kongsi dalam blog, nanti aku boleh tengok semula info kat blog sendiri, just untuk simpanan peribadi pastu ping skit kasi cukup rasa untuk perisa viral.

Top 10 Kereta Mewah dimasa Hadapan

Walaupun kereta mewah ini berharga jutaan ringgit dan dollar, ia tetap akan di beli kerana ia dicipta untuk dimiliki. Siapa pemilik kereta ini? Sesiapa sahaja boleh memilikinya asalkan mempunyai kemampuan...
Porsche 918 Spyder Concept. Mobil konsep ini tidak hanya superior di sisi desainnya saja, kemampuannya untuk menyemburkan tenaga besar dengan sedikit meminum bahan bakar adalah sebuah terobosan yang sangat inovatif di masa kini.
Audi Quattro Concept. Banyak orang berpikir ini adalah reinkarnasi mobil Quattro beberapa dekade silam yang berhasil melambungkan nama Audi di pentas otomotif dunia. Namun bila dilihat dari desainnya yang garang namun eksklusif, mobil ini tidak lagi menyiratkan masa lalu, tapi lebih menggambarkan karisma mobil sport Audi di masa depan
Jaguar C-X75 Concept memang terlihat sangat futuristik. Jaguar pun mengakui kalau mobil ini merupakan mobil paling indah yang pernah mereka buat.
Mazda Shinari Concept. Ini bukanlah mobil sembarangan, namun lebih merupakan sebuah pemberontakan Mazda terhadap garis desain lama mereka
Alfa Romeo 2uettottanta by Pininfarina. Mobil ini seperti mobil sport masa depan. Tapi siapa sangka, unsur klasik dari sebuah Alfa Romeo juga masih tersirat disana.
Mobil listrik adalah masa depan. Dan Renault Dezir Concept ini sangat kuat mencitrakan sebuah supercar listrik yang seolah keluar dari mesin waktu dari masa depan ke masa kini.
Mercedes-Benz Shooting Break. Bila dilihat dari tampilannya, mungkin ini adalah mobil yang sangat sederhana. Tapi ternyata itulah kekuatan utama mobil ini
Lamborghini Sesto Elemento Concept. Tidak perlu diperdebatkan lagi. Ini adalah salah satu mobil terindah yang diperlihatkan tahun ini. Di balik bonnet mobil yang tubuhnya terbuat dari serat karbon dan memiliki berat hanya 999 kg ini tersimpan sebuah mesin V10
Lotus mengejutkan dunia pada tahun ini ketika di ajang Paris Motor Show membawa lima mobil konsepnya sekaligus. Dan salah satu yang terbaik adalah Lotus Esprit Concept ini
Mobil ini dirancang sebagai penghormatan kepada legenda Jeep Kaiser M-715 yang istimewa, meski ini bukan sebauh mobil sport, tubuh Jeep Nukizer Concept ternyata terbuat dari bahan serat karbon
Sumber : Detik.com

Teknik Baru Pencuri Kereta

" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, tak kira lelaki atau wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain. Memang malang tidak berbau tapi ini adalah antara hint permulaan malang yang telah berjaya di hidu.

Orang jahat sekarang macam-macam helah dan cara. Dulu main baling telur dekat cermin kereta, jual perfume lah, sekarang ini pulak! Dushh!! Dushh!!! ;(

Saturday, February 12, 2011

Adun Kerdau meninggal dunia.

ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno meninggal dunia petang tadi.

NONE

Allahyarham dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya.

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Noor Mansor berkata pihak Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh mengesahkan Zaharuddin, 63, meninggal dunia
di hospital berkenaan pada jam 7.15 petang.

"Datuk Zaharuddin disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung," katanya ketika dihubungi di Kuantan.

Sejak setahun lalu, Zaharuddin seringkali keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit.

Kali terakhir adalah pada November tahun lalu di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Hospital di Temerloh kerana tekanan darah yang tidak menentu.

Allahyarham juga sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN pada 9 Mei tahun lalu apabila berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus.

azlan

Sementara itu, ahli parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said berkata Zaharuddin yang terjatuh di dalam bilik air di rumahnya itu telah dibawa ke hospital dan dimasukkan di unit rawatan rapi, bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika diberi rawatan.

"Menurut pembantunya, Datuk Zaharuddin sebelum itu mengadu sakit perut dan pembantunya membawanya ke bilik air, tiba-tiba beliau terjatuh dan tidak sedarkan diri," katanya.

Ismail berkata allahyarham ketika itu sedang bersiap-siap untuk menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di Temerloh.

Dikebumikan esok

Beliau berkata jenazah allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Taram, Kerdau selepas Zohor esok.

Perkembangan itu menyaksikan pilihan raya kecil kali ke-16 bakal diadakan selepas pilihan raya umum 2008. Ia adalah pilihan raya kecil pertama di Pahang.

Mengikut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari.

Ketika ini, parti-parti politik sibuk membuat persiapan bagi pilihan raya kecil ke-15 bagi mengisi kekosongan kerusi dewan undang negeri Merlimau, Melaka akibat kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan kerana sakit jantung.

Zaharuddin, 63, menang kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.

12 wakil rakyat meninggal dunia

Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain.

azlan

Sejak pilihan raya umum 2008, 12 wakil rakyat telah meninggal dunia akibat pelbagai penyakit termasuk serangan jantung, kanser, angin ahmar dan jangkitan paru-paru.

Daripada baki itu, tiga pilihan raya kecil terpaksa diadakan selepas wakil rakyatnya mengosongkan kerusi masing-masing - iaitu di paerlimen Permatang Pauh dan kerusi negeri di Penanti dan Bukit Selambau.

Pilihan raya kecil pula terpaksa diadakan di parlimen Batu Sapi apabila penyandangnya, Datuk Edmund Chong terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.

Jumlah pilihan raya kecil sepanjang tempoh tiga tahun lalu ini dianggap antara yang tertinggi dalam sejarah pilihan raya negara.

sumber : Malaysiakini

Friday, February 11, 2011

Al-Jazeera : Hosni Mubarak dah cabut keluar Egypt

Presiden Hosni tinggalkan Kaherah, Al-Jazeera dakwa keluar Mesir

KAHERAH, 11 Feb.: Hosni Mubarak dilaporkan telah meninggalkan ibu negara Mesir bersama keluarganya sementara momentum tunjuk perasaan yang masuk hari ke-18 hari ini terus meningkat sehari selepas presiden itu menegaskan tidak akan berundur sekarang.
Pihak tentera pula berjanji akan menarik balik perintah darurat yang dikuatkuasakan sejak tiga dekad lalu selepas keadaan semasa reda.
Hosni memerintah negara itu sejak 1981 dan kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat.
Laporan NBC News berkata, Hosni meninggalkan Kaherah untuk menuju resort Laut Merah Sharm el-Sheikh.
Penunjuk perasaan juga mula berkumpul di pekarangan istana presiden hari ini.
Hosni mempunyai sebuah vila dan lazimnya menghabiskan hujung minggu di kawasan tersebut.
Laporan itu menyebut Hosni meninggalkan ibu negara, salah satu lokasi demonstrasi sejak tiga minggu lalu, bersama keluarganya dari pangkalan tentera Almaza.
Bagaimanapun laporan stesen TV Al-Jazeera yang dipetik msnbc pula berkata, Hosni sudah pun meninggalkan Mesir dan terbang ke Emiriah Arab Bersatu.
Laporan itu tidak dapat disahkan lagi.
Dalam ucapannya lewat semalam, Hosni mengumumkan beliau masih kekal dengan pendiriannya tidak mahu tunduk kepada tuntutan penunjuk perasaan sambil menegaskan, beliau akan terus menerajui negara Mesir sehingga September ini.
Komen beliau dalam ucapan menerusi televisyen muncul ketika sesetengah pihak termasuk Amerika Syarikat membuat tanggapan bahawa Hosni akan berundur segera.
Penunjuk-penunjuk perasaan menyambut ucapan Hosni dengan perasaan marah manakala pemimpin pembangkang utama pula menyifatkan pendirian terbaru presiden itu akan menyebabkan “Mesir meledak.”
Mereka yang menyertai demonstrasi tersentak dengan pendirian Hosni sambil melaungkan: “Pergi, pergi. pergi.”
Sesetengah penunjuk perasaan kelihatan menitiskan air mata manakala beberapa yang lain terkejut dengan ucapan itu.
Pemenang hadiah Nobel Keamanan Mohamed ElBaradei, yang dilihat sebagai pemimpin pembangkang utama di Mesir sekarang, meramalkan “Mesir akan meletup” kerana Hosni enggan tunduk kepada tuntutan rakyat.
Justeru, bekas ketua agensi nuklear antarabangsa ini meminta tentera campur tangan.MI

Wednesday, February 9, 2011

Pengguna Facebook Malaysia Melangkaui Angka 10 Juta

Nampaknya, penggunaan facebook di Malaysia kian meningkat dengan drastik dari semasa ke semasa. Pada bulan Januari yang lepas, kita dapat lihat pengguna Facebook tempatan melangkaui angka 9.5 juta, dan statistik terkini memperlihatkan yang mana pengguna Facebook tempatan telah pun mencapai angka 10 juta pengguna.

Statistik Semasa Facebook di Malaysia [via]

Daripada statistik semasa yang dikeluarkan oleh SocialBakers, pengguna Facebook Malaysia yang paling ramai adalah dalam lingkungan umur antara 18 hingga 24 tahun sebanyak lebih 38%, dan diikuti dengan pengguna berumur antara 25 hingga 34 tahun dengan lebih 33%. Pada masa yang sama juga, ianya diketahui yang mana pengguna Facebook tempatan berjantina lelaki adalah lebih ramai daripada perempuan, iaitu sebanyak 53%. Di Malaysia, Facebook merupakan laman yang paling popular, dan sering dilawati oleh para penggunanya, meninggalkan Google dibelakang. Buat masa ini, keseluruhan pengguna Facebook adalah dianggarkan berjumlah lebih kurang 586 juta, dan bakal mencapai angka 600 juta tidak lama lagi.

Mengapa tidak boleh meniup makanan dan minuman?

Seringkali kita melihat, seorang Ibu ketika menyuapi anaknya makanan yang masih panas, dia meniup makanannya lalu disuapkan ke anaknya. Bukan cuma itu, bahkan orang dewasa pun ketika minum teh atau kopi panas, sering kita lihat, dia meniup minuman panas itu lalu meminumnya.

Benarkan cara demikian? Cara demikian tidaklah dibenarkan dalam Islam, kita dilarang meniup makanan atau minuman.Sebagaimana dalam Hadits Ibnu Abbas menuturkan "Bahwasanya Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam melarang bernafas pada bejana minuman atau meniupnya". (HR. At Turmudzi dan disahihkan oleh Al-Albani).Awalnya saya tidak mengetahui hikmahnya, bagi saya peribadi, ketika datang hadits pada saya mengenai suatu hal, maka semampunya cuba saya lakukan, walaupun saya belum tahu hikmahnya, dan sebenarnya memang tidak harus tahu.

Begitu juga ketika saya pertama kali mendengar hadits ini, saya hanya berusaha mengamalkan saja, bahawa kita dilarang meniup makanan atau minuman, itu juga yang saya lakukan kepada anak saya. Dan alhamdulillah ketika tadi coba browse ke internet, ternyata dari salah satu milis kimia di Indonesia, ada yang menjelaskan secara teori bahwa:apabila kita hembus nafas pada minuman, kita akan mengeluarkan CO2 yaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dengan air H20, akan menjadi H2CO3, yaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. dan saya ingat juga bahwa Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam menyuruh kita ketika minum seteguk demi seteguk, jangan langsung satu gelas sambil bernapas di dalam gelas, hal ini juga dilarang, ternyata saya baru tahu sekarang hikmahnya, bahwa ketika kita minum langsung banyak, maka ada kemungkinan kita akan bernapas di dalam gelas, yang akan menyebabkan reaksi kimia seperti di atas.

Ulasan yang saya sampaikan, mungkin bukan hikmah keseluruhan, karena Ilmu Allah tentu lebih luas dari ilmu manusia, bisa jadi itu adalah salah satu hikmah dari puluhan hikmah lainnya yang belum terungkap oleh manusia. Kewajiban kita hanyalah mendengar dan menta'atiNya Perkara hikmah apa yang ada dalam larangan itu, urusan belakangan. Yang penting kita sudah mencoba mentaatiNya.
Wassalam....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...