“Pihak kami sudah memaafkan individu yang menyebarkan foto bayi kami. Tidak mahu menjadikan ia satu isu sebab saya dan Siti pun sudah reda. Buat masa sekarang, bayi kami tak banyak karenah. Biasalah kalau berjaga waktu malam pun hanya untuk berikan dia susu”
Menurut perancangan awal, Siti akan mengadakan satu sesi khas untuk berkongsi nama dan wajah bayi mereka, namun buat masa ini Datuk K memaklumkan Siti mengalami pendarahan yang banyak semasa pembedahan dan perlu ditahan di wad dalam beberapa hari ini.
“Buat masa ini Siti masih dalam pemantauan doktor kerana dia kehilangan banyak darah semasa pembedahan. Sekarang dia perlu ditambah darah dan mungkin dalam masa dua atau tiga hari lagi dia boleh pulang,” jelasnya.

Terdahulu setelah 11 tahun menanti untuk menimang cahaya mata, Siti akhirnya selamat bersalin melalui pembedahan dengan kelahiran bayi comel seberat 3.55 kilogram. Bayi itu juga diberikan nama Fatimah Az-Zahra buat sementara waktu.
Bagaimanapun tidak sampai 24 jam kelahiran bayi Fatimah, seorang invidu bernama, Wan Noor Akmal Wan Yusof dengan tidak sengaja memuat naik gambar wajah bayi berkenaan. Tindakan beliau dikecam sehingga beliau memohon maaf secara terbuka. 
sumber : https://www.rotikaya.com/datuk-k-maafkan-isu-gambar-anak/